ALONG DALAM KENANGAN (12.01.1991-12.09.2016)

ALONG DALAM KENANGAN (12.01.1991-12.09.2016)

Masa K.siti sampai saja depan rumah kita, K.siti janji tak mau nangis, sebab K.siti mana pernah nangis depan hang, K.siti malu. Tapi bila kaki kak siti melangkah saja turun dari kereta, air mata ni tak mau berenti pulak. K.siti tak mampu nak masuk rumah Along. K.siti tunggu dulu, moga-moga air mata ini berhenti. Tapi tak boleh Along. Along dah berjaya buat K.siti menangis

Disaat ini, ingatan Kak siti masih pada Along, bertapa pemergian along begitu memberi kesan mendalam pada K.siti, terlalu banyak memori kita terngiang-ngiang dalam kepala kak siti ni, K.siti masih dapat rasa yang along masih lagi kat rumah Penang.

Kali terakhir cerita tentang Along adalah pada hari lahir Along 2 tahun lepas http://sitishuhairah.blogspot.my/2014/01/selamat-hari-lahir-along.html

Bertapa pada waktu ini kami seluruh ahli keluarga mendoakan along sihat dan panjang umor, dan Allah mengurniakan 2 tahun lebih masa hayat along untuk kami luang masa bersama.

Mana mungkin cukup satu page ini nak menceritakan semua kenangan kita bersama.

K.siti tak pernah bayangkan langsung macam mana kalau along dah tak ada, sebab k.siti tak mampu. Tapi akhirnya harini kak siti sedang melaluinya.

Berapa banyak kali berjumpa, kisah waktu kecil adalah kisah yang paling diingati, dan kami punya memori yang sangat banyak bersama, kerana dari kecil sehingga saat terakhir, kami adalah satu jiwa, berkongsi kasih ibu dan ayah bersama-sama, berkongsi kasih sebagai sahabat, berkongsi kasih sebagai sepupu.

Dikala tiap kali memori diungkit, pasti akan diiringi deraian gelak tawa, ah bertapa indahnya..zaman kecil kami dipenuhi kenangan indah, memori itulah yang mengikat rasa rindu yang teramat , teramat sangat pada Along.

Setiap kali along dikhabarkan along masuk hospital, seluruh ahli keluarga pasti turut risau, pada masa yang sama selama 12 tahun ini, along juga mengajar kami menjadi kuat dan sabar, tiap kali dengar along sakit kami turut rasa kuat. Insyaallah along tak ada apa,

Sehingga saat akhir Along pun kami rasa kuat bahawa insyaallah along okey, tak ada apa. Satgi along kluaqla. Dan akhirnya along meninggalkan kami dalam keadaan yang pada mulanya kami sendiri tak pasti kami mampu mengharunginya.


Tiap kali pulang, kalau jumpak along, mesti dia tanya, " Awat hang dah gemok kak siti?" ," huyoo kak siti dah kuruih", "lawa dak aku kak siti",

Along sangat kuat, Along sangat rajin bekerja, Along tak seperti orang sakit, senantiasa senyum dan riang. Along suka memasak. Along pandai buat kek yang semua kak siti ajaq.

Along adalah penyeri dalam keluarga, semua orang suka mengusik along, sebab best gila, hahaha. kalau gempaq along mesti menjerit macam orang gila, gila punya best.

Bila abg ngah atau sapa-sapa nak cium along mesti menjerit macam nak kena histeria. hahaha, tapi masa kali terakhir, along x marah pun kami semua cium along. Along senyum lagi. Kami semua dapat cium lama-lama.

Lepas arwah mama su meninggal, K.siti selalu pesan, "raya kalau amek cuti, nanti klau asyik keja saja tengok-tengok taun depan, kalau ibu hang meninggal, tak sempat nak raya dengan ibu hang baru tau", dan tahun ni along amek cuti masa raya. Tapi akhirnya kak siti yang tak sempat beraya dengan along (tahun ni balik raya belah suami)

Along tau dak kak siti tak sabaq sangat nak balik raya penang taun depan, tapi along dah tak dak :(

Sudah lama along menderita, menanggung sakitnya, 12 tahun Hospital merupakan rumah Keduanya, 3 kali seminggu cuci darah, berkali-kali berjuang di bilik ICU, berkali-kali duduk di katil operation dan sekarang sudah tiba masanya Along berehat. 

Ya , ahli keluarga sangat turut bersedih, tapi kami redha, kerana akhirnya berakhirnya penderitaan orang yang kami sayang. Along, kak siti sayang along sangat.



No comments: