Yang tidak baik itu Juga Rezeki

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita perlu akui ,yang kita tidak suka, yang kita rasa tidak sesuai dengan kita, yang memang mati-mati tak suka tu la yang sebenarnya adalah sesuatu perkara,keadaan yang baik bg kita dan mungkin yang terbaik untuk kita, dan jikalau bukan yang terbaik pon, okeh xtau dah nak sambung..ekeleh...

Saya melihat contoh diri saya, Akaun bukanlah bidang yang diminati sejak dari perut ibu mengandung lagi, tetapi melihat pasaran pekerjaan yang bagus dalam bidang ini, aku cuba mengapply, walaupun masa itu aku sudah terlewat 2 tahun dari orang lain dan otak juga sudah tepu dan gebu. Alhamdulillah dapat sambung belajar Diploma Akauntasi Di Politeknik. Ya Allah, memang tak sukalah, dan tak pernah tak carry, kalau lulus pun hanya sekadar kais pagi makan sampai ke malam tau. Tapi Mak Nok nak habaq, Mak Nok habeh jugak belajaq tau. Wekkk!!

Dan sekarang Alhamdulillah, benda yang tak suka tu la yang menjadi punca rezeki aku sekarang,  dan yang kita suka (masak memasak) dah jadi rezeki sampingan,kan :)..dan lama-lama mulalah suka :)..belajar dan bekerja tak sama, aku pasti bila dah mula bekerja segala penat lelah masa study dulu berbalas, Insyaallah. 

Lagi satu contoh kononnya aku terpaksa dikahwin dengan jejaka yang tidak dikenali oleh disebabkan desakan keluarga, dan akhirnya aku kahwin jugak walaupun pada mulanya aku tak suka gila ah, dan aku bahagia gila lepaih tu #dramasangat
#dramasangat


Sesungguhnya Allah maha kaya dengan perancangan yang tiada tamatnya.

Pesanan penaja : Gambar dibawah tiadalah kena mengena dengan entry diatas, tapi sebenarnya hakak windu keluarga. sob sob, lap hinguih ..


Lagi 1 contoh :  nak belanja semua kononnya makan tengahari, tengok-tengok abah yang nak belanja,mula-mula tak suka, lepaih abah konfom belanja suka teroihhhhhhh haa..
#restoranpeladangbalikpulau #balikcutirayahaji #pulaupinang #tekamanaceq

Bersama hakak kpd hakak dan adik kepada hakak#balikcutirayahaji #pulaupinang #kendurikendara

Cantek sangat rasa 




No comments: