Persiapan Kahwin

Assalamualaikum

Lama tak update pasal diri sendiri, tetiba rasa nak update pasal persiapan kawen kita, mana lah tau kan boleh jadi sumber rujukan bagi mana-mana pihak. Hanya sekadar perkongsiaan nah. Bacalah dengan hati terbuka. :)

Bagi mana-mana wanita didunia ini, mestilah menginginkan sebuah perkahwinan impian, tapi kalau dah duit pun tak berapa nak impian sangat, haruslah berlanja dengan bijaksana serta bijaksini. Kalau nak lebih usaha la lebih, kalau berbelanja diluar kemampuan pun biarlah  setakat 30% diluar kemampuan, jangan lebih, takut merana lepas kawen nanti.

Result nanti masa majlis tak taula gempak tak gempak, cuma berharap semua berjalan dengan lancar dan tetamu pulang dengan perot yang kenyang.

1. Pilih Tarikh

Pertama Sekali dalam persiapan perkahwinan, kena la ada date, dah ada date barula boleh rancang yang lain-lain,bab postpone jangan risau, ceq ni berapa kali postpone dah disebabkan masalah tertentu.

Macam aku tarikh kawen ikut kekosongan dewan yang ada. Tak ada sebarang tarikh istimewa. Sebab abah dengan adik beradik pun senang. Semua ikut aku. 

Tapi kalau jenis gedik-gedik nak jugak something tarikh special dihari bahagia kenala booking awal setahun, takut klau tak dapat merana 7 keturunan tak habis. 


2. Tempah Dewan (Kalau Majlis bukan dirumah)

Macam aku senang saja, pegi pejabat, tanya Cik Bulan Jan bila tarikh free, dia kasik pastu pilih, klau dia cakap bulan Jan full, aku tanya lagi bila lagi tarikh free..ha sonang hati mak. Aku tempah 4 bulan awal. 
Procedur cancel (Disebabkan ada kematian @ etc)

1. Jangan harapan tinggi dapat tarikh yg kita nak
2. Just bg bulan yang kita nak and tanya mana yang ada kekosongan
3. Jangan p bergaduh pulak dengan orang dewan tu dengan harapan mereka faham. Mereka pun buat kerja jugak.


Procedur Booking Dewan

1. Jumpa Pak Guard, tnya mana ofis, cakap nak sewa Dewan
2. Naik Ofis Jumpa En. Saiful
3. Check Tarikh, Isi Borang
4. Deposit bayar 2 bulan sebelum Majlis Selepas surat dikeluarkan
5. Mana-mana jenis dewan yang diprovide oleh pihak pengurusan Tapak Pesta    tak disediakan kerusi dan meja, harap maklum ya
6.Bayaran penuh RM1600 dibayar terus selepas surat dikeluarkan dalam dua      bulan sebelum majlis, dan bayaran dibuat di komtar tingkat 23


 Saya Tempah Dewan Tertutup Tapak Pesta Penang (Aircond/capasiti 500 org satu masa)
Harga RM1100 + Deposit RM500

Klau Dewan Terbuka Tapak Pesta Penang, Murah dan lagi besar ,cuma tak ada aircond (RM700)


3. Katering 

Yang ni Paling Penting, satgi orang mai jamu mata ja tengok hang sanding. Katering abah yang urus. Katanya nak amek orang kampung saja :) kawan dia.





4. Booking Make Up

4 bulan aku servey punya servey, tanya kawan dan sebagainya, finally decide amek dekat Mimie Aziz.Cover 2 Event Nikah n sanding

Insta : @mimieaziz 
No Tel : 017-3002507
Deposit : RM50 shj
Location : Penang

X sure Luar Penang Cover ka tak..


 Make Up Nikah

Make up Sanding

5. Booking Pakej Perkahwinan

Pakej Perkahwinan ni macam-macam, berbaloi atau tak depends kepada diri sendiri dan keinginan anda. Contoh kalau nak jugak design pelamin butik tu, mahal pn apa kesah janji bagi tuan pnya badan berbaloi.

Aku telah sebulat suara telah memilih Kak Ida, sebab suka yang simple and clean  saja tapi stay nampak mewah sket, pastu suka sungguh bunga-bunga. Baju Kahwin belah aku pn buat sendri dekat Layqaa. Baju dapat teros.

Insta : @dterunadaraweddingndecor
By : Kak Ida
No Tel : 019-465 9191
Location : Kulim
Deposit Lock Date : RM700


Ni lah Pelamin Ceq..ngee





6. Photographer (Alun Photographer)

Aku amek untuk sanding  masa dia buat promotion RM800, untuk akad nikah tambah lagi RM500, 2 event RM1300. Dapat 50 keping size 4R, Free Outdoor dan thumbdrive. Xpa gambar lebih nanti cuci sendiri. Jimat Kannn.

Bagi aku dia la paling Murah paastu gambar cantek. 

Contoh Gambar Dari Abg Syarul Khalid kita. Service memang A, abg ni memang rajin gila sampai hang pn xlarat nak bergambar..ekekek..sebab tu la ceq asyik halau abang suruh pi makan..sebab tak larat..hahah..




Skang tengah berlangsungnya promotion RM900

Insta : @alunphotography
Wassup : 013-5160171
Deposit : RM200

7. Baju Kahwin (Majlis Bertandang, Bakal Husband Side)

Sepanjang aku Mengkaji Sewaan Sepasang Baju Kahwin Lelaki dan perempuan Paling murah RM650, Tapi Tak dapat balik. Jadi bertekad baju kahwin tak mau sewa, nak buat sendiri. 

So decide belah lelaki nk tempah and amek terus. Nak yang Tradisional and simple sebab nanti baju boleh pakai raya nanti. Tema Kahwin Aku "Baju kahwin Baju raya" (@^@)

Berbulan aku termenung dIbucu Meja Makan, pikir betul ka nak tempah, nak tempah kena cari kain, cari taylor, kain ok lagi boleh cari tapi nak cari taylor yg trusted tu yang payah. Tetiba semalam scroll pny scroll ternamapak pakej RM888 BAJU KAHWIN Custome Made Lelaki & Perempuan, dapat terus Baju. Apa lagi mak, wassup bagi tarikh terus book. 

Lagipun ceq bab baju ni tak cerewet, cukuplah sekadar simple dan beserderhana saja. 


Akad Nikah : Baju Kurung Moden N baju Melayu : Peach Colour : RM500
(Dapat diskaun sebab amek full package 3 Majlis)



Belah Aku : Moden Dress : Dusty Purple : RM888



Husband Side : Songket Tabur : Merah Masala : RM888







Insta : @itsnanalahboutique
Wassup : 013-3100750
By : Kak Nana
Location : desa subang permai shah alam
Deposit : RM200


8. Bridesmaids  (Mustard Colour & Mint Green)

Recommended : Nagoya Store : Murah Gila and Kain Berkualiti seiring dengan harga. Kain serendah RM5 semeter.

*Mula-mula nak amek material satin, tapi ramai refuse sebab tak berapa sesuai

Walaupun ada isu di Fb yang menyatakan apahal bridesmaids2 bagai ,pilih kawan ka apa, apa aku kisah, sebab aku tak pernah pilih kawan malahan kekawan baik aku siap volunteer lagi nak jadik bridesmaid tanpa dipinta. Ah terharu. Tapi yang Mana Tak Rela pun aku paksa jugak jadik #pengantinkejam.

Kami semua berkawan semua dari golongan sederhana, jadi bila tiba waktu bahagia rakan-rakan yang lain kami akan sama-sama berkongsi. Jadi tak ada isu bakal pengantin kena sponsor semua atau apa. Just Rotate the happiness.

Buat pengetahuan semua bakal-bakal bridesmaids saya sponsor diri sendiri kain mereka, dengan balasan "nanti depa kawen ceq beli kain guna duit sndiri kena jadik bridesmaids balik".. hahah

So last week setel dah cari kain untuk bakal Bridesmaids i yang cantek seramai 13 orang ..ramai tak ..hee

6 orang kawan baik sek untuk hari akad nikah bersama 1 baby 
7 orang kawan baik silat untuk Majlis Sanding bersama 2 baby 

Tamak tak kiterr? Alhamdulillah sangat, kawan-kawan sudi berkongsi kegembiraan dengan kita.

Taylor : @enaazman
FB : https://www.facebook.com/EnaAzman1?fref=ts
Location : Taman Tun Sardon Gelugor Penang
Bridesmaid Masa Majlis Sanding (Kawan Silat)

Bridesmaids Masa Akad Nikah (Kawan Sek)


9. Baju Family : (Baby/Hazel Blue) (RM7 SEMETER)

Recommended : Nagoya Store : Murah Gila and Kain Berkualiti seiring dengan harga. Kain serendah RM5 semeter. Lace aku beli dekat Jakel KL, Banyak gila choice. Nak Jimat amek ja lace yang double layer atas bawah.

*Mula-mula nak amek material satin, tapi ramai refuse sebab tak berapa sesuai


Kain Baju Family pn aku beli dekat nagoya sekali dengan kain bridesmaids haritu, cuma tak ambil lagi sebab kain tak cukup. Just bayar deposit RM100 dan tunggu kol kain sampai baru bayar fully. 


Taylor : @enaazman
FB : https://www.facebook.com/EnaAzman1?fref=ts
Location : Taman Tun Sardon Gelugor Penang




Baju Adik

 Abang Chaq n Family


Keluarga Maksu

10. Banner & Tanda Arah & KAD Kahwin










Sumpah murah dan berbaloi. Bank In duit , pilih Design "Esok Cik Boleh Datang Collect". Servis Tip Top A. Klau nak Pos Laju tambah RM35. Deal dalam Fb mesengger ja.

FB : https://www.facebook.com/giantbanner?fref=ts
Location : 16-G1, JALAN PERDANA 6/6, PANDAN PERDANA 55300 KUALA LUMPUR.

Gambar Banner Tak sempat nak tangkap elok-elok, ni pun amek copy dari orang lain.




Kad Kahwin







11. Dooorgifts









12. Homestay

Bagi yang keluarga pasangan jauh jangan lupa booking homestay nah. Yang ni bulan depan baru nak cari..hee



13. Honeymoon

HMana dan, bila fre pegi ja jalan-jalan. Ehek

14. Dessert Site


Kita Amek Aiskrim dari kifayah banting dan satu lagi lupa dah. Amek 2, bukak dua booth sebab tak nak orang beratur panjang-panjang sangat. Yang satu lagi pun murah jugak. Area Seberang Perai. Just bayar duit Transpot RM30 rasanya.



400 kon dalam rm300 lebih kot..Lupa dah. Tapi Murah Jugak













Yang tidak baik itu Juga Rezeki

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita perlu akui ,yang kita tidak suka, yang kita rasa tidak sesuai dengan kita, yang memang mati-mati tak suka tu la yang sebenarnya adalah sesuatu perkara,keadaan yang baik bg kita dan mungkin yang terbaik untuk kita, dan jikalau bukan yang terbaik pon, okeh xtau dah nak sambung..ekeleh...

Saya melihat contoh diri saya, Akaun bukanlah bidang yang diminati sejak dari perut ibu mengandung lagi, tetapi melihat pasaran pekerjaan yang bagus dalam bidang ini, aku cuba mengapply, walaupun masa itu aku sudah terlewat 2 tahun dari orang lain dan otak juga sudah tepu dan gebu. Alhamdulillah dapat sambung belajar Diploma Akauntasi Di Politeknik. Ya Allah, memang tak sukalah, dan tak pernah tak carry, kalau lulus pun hanya sekadar kais pagi makan sampai ke malam tau. Tapi Mak Nok nak habaq, Mak Nok habeh jugak belajaq tau. Wekkk!!

Dan sekarang Alhamdulillah, benda yang tak suka tu la yang menjadi punca rezeki aku sekarang,  dan yang kita suka (masak memasak) dah jadi rezeki sampingan,kan :)..dan lama-lama mulalah suka :)..belajar dan bekerja tak sama, aku pasti bila dah mula bekerja segala penat lelah masa study dulu berbalas, Insyaallah. 

Lagi satu contoh kononnya aku terpaksa dikahwin dengan jejaka yang tidak dikenali oleh disebabkan desakan keluarga, dan akhirnya aku kahwin jugak walaupun pada mulanya aku tak suka gila ah, dan aku bahagia gila lepaih tu #dramasangat
#dramasangat


Sesungguhnya Allah maha kaya dengan perancangan yang tiada tamatnya.

Pesanan penaja : Gambar dibawah tiadalah kena mengena dengan entry diatas, tapi sebenarnya hakak windu keluarga. sob sob, lap hinguih ..


Lagi 1 contoh :  nak belanja semua kononnya makan tengahari, tengok-tengok abah yang nak belanja,mula-mula tak suka, lepaih abah konfom belanja suka teroihhhhhhh haa..
#restoranpeladangbalikpulau #balikcutirayahaji #pulaupinang #tekamanaceq

Bersama hakak kpd hakak dan adik kepada hakak#balikcutirayahaji #pulaupinang #kendurikendara

Cantek sangat rasa 




Salam Rindu ;)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Jauh dari pandangan keluarga dan sahabat baik..

Seorang diri kadang-kadang begitu mengembirakan, kadang-kadang biasa saja
kadang-kadang tidaklah begitu gembira..

Kadang-kadang masalah itu tak lut hati ini, kadang-kadang masalah itu meresahkan jugak..

Kadang-kadang rindu tak datang bertamu, tapi sekali datang..Hanya Allah yang tahu..

Kadang-kadang tiada apa yang perlu difikir, 
kadang-kadang fikir terlalu banyak dan jauh (kerna seorang diri punya ruang yang banyak)

Kadang-kadang rasa ingin pulang, kadang-kadang rasa ingin pergi lebih jauh lagi..

pastu, kadang-kadang gemok, kadang-kadang kurus gila..hahah..ehek!

Begitu banyak kadang-kadang bila seorang diri..tapi apa yang boleh dilakukan dikala seorang diri hanyalah senantiasa berfikiran positif, optimis selalu bak kata jiran tingkat 15..

Namun walau bagaimanapun, terima kasih, walaupun mereka jauh, doa mereka senantiasa dikirim padaku, kerna itu, aku masih selesa disini, segalanya mudah disini walau selit sedikitnya pahit pada mulanya. kerana apa? kerana doa dari kalian yang saya sayang.. sob! sob! (sedih pulak mak nok tringat nasik kandaq punya pasai)

Alhamdulillah.. Salam Rindu :)

Adab Bercinta?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pernah tak sesekali terlintas dalam jenak fikiran kita, orang selesa ka tak keluar dengan kita bila sekali dengan pasangan kita?

"Memangla kan, sapa nak berani cakap tetiba "weh,aku tak suka la tengok, sumpah tak sweet". ada ka?.mau sentap mak jenon."

Dan ,jikalau ada yang menegur tentang tingkah laku kita yang tidak menyenangkan itu, mampukah kita terima dengan hati yang terbuka, dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi?

dan berapa lamakah kita mampu untu melihat ketidakselesaan yang berlaku dihadapan mata kita ini?

Bagamana pula kita ingin tahu, yang orang dah mula rasa tak selesa dengan adab kita bersama pasangan ketika bercinta ? 

Adakah Tunggu orang sembur berapi-rapi hingga menyakitkan hati sendiri baru kesedaran itu datang? 

Pernah tak sekali terfikir lagi, pernahkah kita dan pasangan buatkan orang sekeliling betul-betul tak selesa?

Adakah kita mungkin tak akan perasan, kerana kita sedang hangat bercinta, sehingga haba menutupi ruang udara mata dan telinga."?

Adakah Kadang-kadang orang mungkin tak sampai hati nak cakap, sebab takut perasaan sweet yang kita rasa tercalar.? Aku pun tak sampai nak calarkan hati orang yang tengah berbunga-bunga cinta layu di pusara neh.

Ya memang kita tak kacau orang, tapi yang lain ada mata untuk melihat dan ada hati untuk merasa. Jadi hati hati jangan sampai yang terasa.

Oh menn!!, susah jugak bercinta ni kan, of kos la. hang bercinta dibumi yang ramai penduduknya, kalau tak nak amek kisah, sila ke Planet Marikh. Jangan lupa bawak topi gas udara.

Kang tak pepasai tetiba mendoakan yang tak baik-baik teros. ' Mintak-mintak la mereka ni cepat-cepat putuskan percintaan meraka, kerana sesak dada ini melihat, haaa".. kan...tu kalau doa orang negatif

Meh nak ajor doa orang positif..

Ya Allah satukanlah pasangan yang terlampau sweet ni sebagai pasangan suami isteri yang sah,yang lagi barakah dan indah. Aminn

Selamat Pengantin Baru Kekawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saja nak terobek sakaligus semua perkahwinan sahabat baik yang aku attend sepanjang 2014, biar sampai menanah mata semua orang tengok. 

Geng Silat

Kawan-kawan baik yang first pecah tong mendirikan rumah tangga adalah kekawan dari geng Silat Abdul, Nana, Una. Masa kem Sukma dulu berhingus ja semua, skang semua pakat dah kawen. Alhamdulillah dah 7 tahun bersahabat. Ada yang bertemu jodoh dengan orang yang selama ini saling mencintai, ada yang bertemu jodoh dengan yang baru mencintai. Sesunngguhnya jodoh itu rahsia Allah.


Perkahwinan pertama yang aku eksited gila vavi adalah mereka, abdul & ika wedding(2013)..Alhamdulillah ika selamat melahirkan bayi lelaki bulan 12 tahun lepas. Amir Qawwim. Nanti panggil ibu Ira ok.Insyallah dah besar nanti ibu Ira yang gojes ni bagi coklat memanyak.Dulu main silat kelas D. Tapi aku rasa mungkin sekarang dah kelas G..


 Selang beberapa bulan selepas itu Una pon selamat menjadi bini orang jugak. 




 Seronok Memasing, yola, una pon dah kawen




Seterusnya selang beberapa bulan jugak nana pun selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangan tercinta. Alhamdulillah dan  Insyaallah mummy to be.. dah pesan siap aku kat anak dalam perot tu, keluar ja nanti panggil ibu Ira, baru sedap halwa telinga aku ni. kann
Ini Kezen gue, tahu lepas kezen sorang ja kawen


Geng Sekolah

Time hujung-hujung tahun pulak direct mak hang sebulan attend wedding member-member sekolah menengah, ulang -alik dari KL-Penang dah supa macam dari umah aku pegi sunway pyramid. Kecoh..Nasib aku suka gila makan nasik kenduri apatah lagi percuma boleh makan banyak-banyak.


 Yasmin Wedding


 Farhana Wedding



 Alyaa wedding, sahabat baik dunia akhirat ni..Skang bukan maen jauh laki dia bawak lari, sampai ke Kuantan noh.


 Penutup, engagement sapini ayam, hahaha..

Tu pon belum lagi tambah pasal hezra yang dah kawen dan ada anak dah,ika member poli yang dah bertunang pon, budak-budak kelas poli yang ramai muda dari aku yang dah pakat kawen lepas habis study. uishh, bukan maen ni, berlawan ni semua orang.

To kakak(member poli) : yang baru saja melangsungkan perkahwinan sabtu lepas di kampung halaman Langkawi Kedah, sorry tak dapat attend, Selamat Pengantin Baru kakak.


Seronok betol tengok orang kawen, tak sabaqnya cek, hahaha..gatai..
Semoga sahabat-sahabat saya bahagia hingga KeJannah, Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan yang Indah lagi Barakah. Aminn

Disebabkan bulan lepas setiap minggu aku balik, bulan ni semua asyik tanya lagi bila aku nak balik, rindu eaa!!.. hikhik! ;)