Part 2 : Family Day : Hari Kasih Sayang


Tetiba aku start cita kang terkebey-kebey tak paham, nah part 1 punya story


Habis ja sukaneka sambung mandi sungai balik..jadi badak berendam di angin lalu...




 Pak Dak & Farihin vs Pak Jang & Farhan






 Ejon & Adik




 Abg Su,Abg Ngah and farhan




 Datuk-datuk lawat kawasan dulu


adik bumbum cak in de house

Kiranya selesai berbadak berendam diangin lalu semua pun pulang ke bebilik memasing bagi mengumpul tenaga dimalam hari,tenaga untuk menguyah makanan dengan lahap sekali BBQ Time!!.



Geng Mak Andam(Vateran Side)..


 Karoke,legend kot..Pak Deris In de House,Besan abah







 Kisah adik dimalam itu, request fon baru tak dapat,hikhik

 Wan Misai bersama cucunya

Ahh!!, aku malas dah nak tulih ni,ok dah,esok tu kami balik.










Original Resepi Biskut Lidah Kucing By Culina Akira

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Biskut Lidah Kucing

Tepung Gandum 200gram
Tepung Jagung 50gram

Gula Icing 150gram)
Butter 250gram

Telur Putih 100ml

Serbuk Emplex (serbuk perangup) 1/4 sudu kecil
Vanilla Essence 1/4 sudu kecil(masukkan 8 kali 1/4 sudu kecil vanilla essence)

Pewarna(ikut suka nak letak berapa warna)

Cara-cara

1.Ayak tepung gandum dan tepung jagung, kemudian letakkan serbuk Emplex, kemudian ketepikan.

2.Masukkan butter,pukul sekejap, kemudian masukkan gula icing dan pukul sampai kembang.

3. Masukkan telur sikit demi sedikit, dn pukul sehingga kembang, tapi jangan terlalu lama sangat.

4. Masukkan 8 kali 1/4 sudu kecil vanilla essence, dan pukul sekejap hanya untuk meratakan dengan adunan.

5. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah dimasukkan serbuk emplex tadi sikit demi sedikit. Kemudian pukul sehingga tepung rata dan nampak sedikit geburrrr!!..

6. Dah siap adunan bahagikan kepada 6 bekas ,letakkan warna pilihan dan kacau.

7. Bungkus dalam piping bag dan siapp!!




8. Sebelum bakar sapukan sedikit planta pada acuan




TIPS!!

 1 adunan jangan packing satu, , sebab kalau buat 1 adunan satu packing ja, nnt lama sangat kat luar tekstur jd x cantek..so 1 adunan packing 2 3 piping bag..dah habis satu baru keluarkan yg lain, dah siap simpan dalam peti sejuk bawah ja. Jangan gigih sangat simpan atas, amek hang sehari kena tunggu nak lembik.

Slalu aku simpan adunan dalam peti sejuk 2 jam macam tu. Pastu baru keluarkan balik dan biar lembik sikit adunan baru bakar. Dan anda akan melihat tekstur dia lebih cantik dan menawan gitu. Tak lama pn nak lembik just dlm 5 minit biarkan kat luar dah lembik.

Boleh mula bakar pada suhu antara 120-150..Masa antara 15minit -25minit. .Sebenarnya bab suhu ni tak tau nak cakap sebab dia ikut kemampuan avon anda. So pandai2 setting noh!!.

sebelum bakar panaskan oven pada suhu ikut suhu yang nak bakar selama 20 minit.Macam oven aku suhu 120c.Aku bakar 25 minit.Dan aku guna api atas bawah.So klau oven yang tak perlu api atas bawah ikut memasing

Biskut memang akan lembik ,tapi lepas seketika bila letak diluar dia akan keras.Tapi jangan biar terlalu lama sebab biskut ni cepat lemau dan lembik.Tapi kalau lembik bakar balik. So masa suam-suam kuku jari tu boleyla simpan dalam bekas . 

tapi kalau biskut masuk angin atau dah lembik sebab lama sngat dekat luar jangan buang..just bakar balik and dia akan keras balik

Kena kerap2 tukar kedudukan acuan biskut..sb kalau oven aku,pantang lepa hangitla bahagian kiri kanan...memang tak boleh kemana buat biskut ni..

Nak order adunan boleh order disini secara online.Dah dua kali dh aku order dengan kak wan ni. Boleh cek nak size apa dekat blog dia. pastu mesej ja kak wan ni untuk order.Loyang dia de best wa cakap lu.


citarasawan.blogspot.com
019-2231164.

Sebarang pertanyaan boleh tanya saya PM kat fb..heheh..
selamat menjana pendapatan dan menjamu saudara dan keluarga terdekat
salam ramadhan dari Saya Siti Shuhairah Chin a.k.a K.ngah

Malas nak buat boleh order dekat cek 017-4437245 kak ngah

Insta : culinaakira
Fb : Siti Shuhairah Chin



Part 1 : FAMILY DAY : Hari Kasih Sayang

Assalamualaikum


Hello readersss!!!. Sorry rakyat Jelata, Tuan Hamba baru saja dapat mimpi kena update blog setelah nak dekat hampir 2 bulan majlis ini berlansung. Ni pun jenuh nak perah otak aku untuk mengingat kembali apa yang jadi pada hari kejadian. Semoga aku tak menipu serta menambah dan menokok cerita pelesu.. ;)

Family day ini diuruskan oleh abg ngah dut dut(gendut), sempena menyambut Hari Kelahiran Abah yang ke 64 Tahun, Program diadakan selama 2 hari 1 malam pada 29/3 - 30/3/2014. Di Merbok Damai Resort Kedah..

Dan disertai oleh ahli keluarga Mak Biah & Pak Deris sekeluarga (Besan abah a.k.a mertua kakak), Mak long sekeluarga, Kak cik dan husband sekeluarga ( sepupu), Pak Cik & Mak Cik sekeluarga( Pak cik adik abah), Mak Su sekeluarga (adik abah jgk) dan semestinya anak-anak & menantu-menantu seta cucu-cucu  abah sekeluarga.

Pada hari kejadian adalah hari yang sangat bergembira kerana satu family berkumpul setelah sekian lama tidak melakukan aktiviti riadah sebegini, tanpa disedari mengeratkan lagi hbungan yang sedia ada, sesungguhnya cincang la air tu bapa kali pun, klau SYABAS tak potong, air pun tak kan putus.

Bertolak pada pukul 9.30 pagi, perjalanan dalam 2 jam saja, sampai-sampai saja bebudak dah terjun sungai, OH!! kanak-kanak dan sungai tak dapat dipisahkan, kalau boleh mandi sampai biru memulut tuh. Sampai-sampai masuk bilik memasing dulu, letak barang pastu Makan tengahari dulu. Jangan ditanya semua makan dengan rakus sekali.

Kali ni aku memang malas gila nak taip,jadi tengok sudahlah gambar-gambar yang ada..ni pun dah masuk ketiga hari aku update tak abeh-abeh..ahh!! malas. Sedey betol bila buat entry tapi tak ada idea ayat yang best,nomnomnom.



sepupu sepapat


Makan dulu,amek segala tenaga yang perlu, 2 3 pinggan dulu





keadaan bilik yang besar dan selesa,ada tv,econ,bilik air..


Selepas Makan disambung dengan aktiviti sukaneka yang disediakan pihak Resort.. Mancing botol, bowling guna buah kelapa, bola jaring, makan buah epal(kekanak), cari barang dalam tepung (kekanak), aku hebat kot, semua aku menang..hahahahh (gelak jahat)..







Geng selalu menang..haha

Geng anak branak(family maksu).,yang selalu kalah tu..krik..krik




Bowling guna buah nyok


Hahaha..bola kat bawah,semua pulun tengok atas..


melayang-layang ..amek hang


Mancing botol,geng dengan adik..menang lagi..hikhik

 Faiz & Nazrul

Muka tak puas hati,asyik-asyik orang tua ja main,hahah


menawan gila muka aku tika ini..menangis keluar hingus mak enon

Aku tak berani janji bila Part-2 akan menyusul, insyaallah lepas wolverine keluar panggung..maybe!!

Jumpa lelagi..da di du..hew hew hew








Cinta Itu Aneh



Merindui sesorang yang asing itu aneh, tapi nyata cukup doa ku mengiringimu disetiap langkah..>>by Adeela kamaruddin..


Ya..mencintai seseorang yang asing itu aneh..
Mencintai seseorang yang bukan tentu bakal jadi milik kita..risiko
Mencintai tanpa had..mati
Mencintai tanpa balasan korban raga..
Jadi untuk apa menunggu
Jika yang datang bisa buat lupa akan sisa itu
Tapi itu tak memakna kau ku buang
Tapi disimpan dalam peti besi..rahsia hati
Ada jodoh betemu kita
Jika tiada moga rasa ini menjadi picis-picis kenangan
Berselindunglah perasaan itu 
Dibawah doa rindu yang ku titip kepada-NYA..

#CahayaBisu#Kng

Selamat Hari Lahir Along

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

2 last week aku balik penang, delivery biskut 24 kotak dan red velvet 15 box,sekaligus menyambut kelahiran Along yang ke-23, alaa kezen kita. Jadi buat tahun pertama ni jadi Ms Bakery ni aku tekad la yang taun ni kalau boley semua bezday yang tersayang aku nak buat kek sendiri,konoinnya la kan,hik hik, dan permulaan tahun 2014 ni Along telah pecah tong, ting-tong,haha sebab kek dia kek campak-campak ja.Tapi walau pun campak-campak I ikhlas sangat tau buat. Mula-mula Tiramisu u oll,alih-alih kek bisu aku bagi.



Sila terpedaya dengan buah strawbery itu,

Majlis ni sekali dengan kenduri kesyukuran sempena Along nak operation minggu ni. Dan skang Along telah selamat menjalani pembedahan ketumbuhan mulutnya dan skang masih berada dihospital.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat Dari abah saya,Oh!! aku tak kan lupa saat-saat sayu dan pilu bila abah membaca doa dan ucapan doa khas buat Along.Menitis air mata ini,sekalikan dengan pakej air hingus, Ya sesungguhnya kami sangat menyayangi Along dan semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada Along supaya kami dapat menyambut kelahirannya pada tahun-tahun akan datang.Semoga Along senantiasa kuat dan tabah menghadapi hari-hari akan datang.

Hanya Gambar-gambar ni sajala yang aku mampu tangkap, sory sangat sebab aku sibok ulang makan 4-5 kali.Eh!! 6-7 kali kot.mee kuah 2 kali,roti jala 3 kali .mmmm, mmm


 Kenapa tak potong kek saya??kerana kek I special edition.hik hik

 Along dan keluarga

Ejon si kezen yang gemok

 Kakak dan anaknya


kak wa, abg su dan kakak

 Si Comel bersama biskut lidah kucingnya





 Abah bagi hadiah


Menu adalah dari Chef Shuhaili Chin,kakak kami,Mee Kuah ada,roti Jala ada, Bihun Goreng ada sera kuih dan muih





sakit pulak hati kite neh tengok teddy bear pink kaler ni,macam nak amek senyap-senyap berambus bawak balik kelana jaya.