Kulinari Impian Saya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dahulu masa zaman persekolahan bukannya aku tahu sangat pun arah tuju hidup aku. Yang aku tahu belajar elok-elok, lepas SPM sambung lagi belajar pastu tak pikir dah selepas dan selepas itu. Aku tak tahu aku minat apa, suka apa, walaupun tahu pun masa tu suka apa tapi tak tahu guideline macam mana, ikut kawan ja, semua banyak macam tu kan. Tapi skang aku sangat pasti yang aku suka apa, aku nak belajar bidang apa? Terlambat!, Oh tidak! bila anda suka sesuatu kita tak akan rasa terlambat. Cuma skang rugi,rugi sebab dari dulu tak ada kesedaran sivik dengan keinginan diri sendiri. Tak peka dengan naluri hati.

Aku suka sangat memasak, dulu bukannya tak ada pun laluan nak belajar bidang kulinari ni,tapi zaman aku dulu kalau belajar vokasional punya subjek macam memasak,menjahit ni orang pandang macam low profile la konon. Dan kalau nak dijadikan sebagai bidang utama nak sambung study mesti akan ditentang. Dan masa tu pun aku belagak la sangat kononnya kena belajar kos-kos gempak,macam akaun,bussines, management marketing.Senang nak dapat kerja. Tapi skang aku rasa menyesal dan sangat rugi sebab tak pegi belajar kos kulinari or menjahit  masa waktu sengkang lepas habis SPM dulu dekat Kolej Komuniti. Kalau tak skang aku dah boleh buat skirt labuh idaman sendiri dah. sob!,sob!.Penyesalan yang penuh pengajaran. Tapi bersyukur jugak sebab walau tak dapat apa yang aku suka tapi skang sekurang-kurangnya aku dah ada Diploma Akaun yang merupakan saluran sumber rezeki aku nak cari keja and cari makan :)

Sekarang aku tengok bidang vokasional dah ada dia punya level dan kelas tersendiri. Tahniah kepada mereka yang sedar akan keinginan diri sendiri. Aku tengok kekawan aku yang dulu belajar menjahit, memasak,buat rambut skang dan boleh buat income sendiri dah. Yang aku ni harus bekerja keras terkapai-kapai belajar buat kek dekat internet, kelas kau jah. Tapi tak sama kalau kita berguru dengan belajar sesorang ni. Berguru ilmunya tinggi lagi.Sakang pun kalau nak pegi beljar dekat swasta mak kau. Satu bijik kek berharga RM50 yuran. Belum 2 3 bijik kek. Menjahit pulak 200 above,belum ikut pakej baju apa yang nak belajar lagi. Tapi kolej komuniti dan Mara ada ja anjurkan kelas-kelas begini. Tu lah skang bila dah duduk luar negeri payah siket la.Jauh,jalan pun tak tahu nak pegi sendiri. Dulu masa kat Penang bersepah kolej komuniti buat kelas kau tak nak pegi.

Tapi bagi aku kalau bidang vokasional camgini kita kena rajin. Kena minat yang sungguh-sungguh, baru boleh berjaya. Bagi sesiapa yang keinginannya lebih menjurus kepada bidang vokasional.Pegila, insyaallah bersama dengan minat dan kesungguhan. Anda boleh berjaya.Hiraukan pada kata-kata negatif yang lain.

Andai ada rezeki suatu hari nanti. Suatu hari nanti ya,kalau ada rezeki,kalau ada rezeki ya,maksudnya tak konfom lagi.Saya ingin sambung belajar Ijazah Sains Kulinari pengajian Jarak Jauh. Insyaallah. Doakan saya ada rezeki :)

Terima kasih daun keladi

No comments: