KRABI THAILAND Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Krabi,Thailand. Finally ada jugak rezeki sampai kesana. Alhamdulillah. Percutian kali ini buat pengetahuan semua adalah merupakan family trip yang maksudnya adik-beradik punya trip, macam sama ja maksudnya.kan..so sila peningkan kepala.Ada abang ipar,abang,adik,kakak,kezen,biras,anak-anak sedara. Itu sahaja. Kali ni mak-mak and ayah-ayah tak join.Perjalanan kami menaiki bas persiaran yang sangat cantik dan selesa siap berkaroke lagi.

Perjalanan dimulakan pada awal jam 6 pagi dan sampai ke Krabi lingkungan pukul 7.30 malam,amek hang 12 jam.Tapi biasala kan family trip so ikut suka hati mak nenek atok kami nak benti bebila masa. Nak tertencing ja 5minit kemudian benti,nak ter 'po-po' pun 5 minit sampai benti.Tambah kalau lapaq kedarah,2 minit sampai kedai makan(aku tipu yang ni).Proses dalam kawasan border lagi.Sebab tu lama. Benti makan jangan cakapla,bapa kali benti.

Lepas saja border tempat makan pertama dituju.Perghhh!! tom yam dia sedap gegila. Sambal belacan pun sedap,ah! semua sedapla, Aku tambah makan sampai 2 kali setengah,apatah lagi si boroi adik,kakak dan a.ngah,konfom-konfom 3 pinggan.


sampai menusuk jantung tau sedap dia..

Setiap kali benti mesti semua akan naik dengan bekalan makanan ditangan,mestilah,sampaikan aku rasa percutian kali ni macam misi jalan-jalan mencari makan pulak.Menangis pengacara asal Jalan-Jalan Cari Makan jika melihat tahap kelajuan dan kekuatan kami makan tanpa henti.Sampaikan buah biasa pun rasa sedapnya sehingga menjilat lidi.Dia letak gula dengan sambal pedas kecil-kecil.Jadi bila makan manis-manis dan pedas sikit rasanya.Apatah lagi popia gorengnya.Ah! enak sekali

Sampai ja pulak dekat Krabi kami dibawa makan malam dekat kedai steamboat ala-ala Seoul Garden gitu.Sekali dalam pakej,so tak payah bayar dah la.Konsepnya sudah konfom menghiburkan hati "makan sebanyak mana nak makan dan selama mana nk makan".Apa lagi,serang macam komunis,dan sudah tentu pastinya terkejut rakyat jelata Thailand melihat kerakusan kami sekeluarga.Yang pasti Laksa Krabi sangatla sedap.Tanpa aku sedar aku telah memakan 3 mangkuk laksa.Tapi kecik ja tau mangkuknya!so sila tutup balik mulut anda.Dilarang terkejut.







Laksa Krabi yang awesom,sedap baq hang,macam masak lemak pun ada rasanya.


Selesai makan kami terus dibawa ke hotel.Waktu untuk menyucikan diri dari kotoran setelah belengaih selama 12 jam. 


Aktiviti malam adalah free and easy.Bebas,jadi reramai satu family pegi massage dekat pekannya ala-ala macam night market batu feringghi penang or ala-ala macam bukit bintang la kot .Kami pergi ke pekan dengan menaiki kenderaan yang dipanggil 'Tut-Tut'.Tut-tut ini merupakan pengangkutan awam bagi kawasan Thailand ni,lebih kurang macam teksi la,cuma tak ada meter.hik.hik..so of kos la boleh bargain.Pegi dan balik kepekan hanya 80bath bersamaan RM8 satu kepala.Murah rasanya bagi diriku ini.Klau dekat penang mau dah kena 15 hinggit ke 20 hinggit. 

Pada waktu malam yang sengkang ini anda juga boleh berjalan-jalan ditepi laut Aonang ni sambil cuci-cuci mata soping,sepanjang jalan berhadapan pantai Aonang ni terdapat pelbagai kedai yang menjual beg,seluar,baju mandi,memacam lah.Pusat mengurut,bar dan juga 'Lady Boy' (bukan lelaki bukan wanita).


Menangis tut-tut ni.8 orang rabat dia..kasihan..dahla semua badan macam monster.

Dekat sini aku nak bagitau memang murah-murah,gila-gila harga untuk massage.Full body massage RM30/60 Minit.Foot massage pulak RM20/60Minit.Murahkan.Kalau macam ni  hari-hari boleh massage(mau kopak kulit badan). Kami amek family package,maksudnya satu family dalam satu bilik yang dihadang dengan langsir.Meriah sungguh la bilik,memacam bunyi ada yang tak dapat nak dinyatakan kat sini. Tukang urut jugak boleh request ya,yang dah beristeri tolong amek lelaki,aku takut keluar nanti bini hang massage pala otak hang. 

sambung untuk Part 2 pulak ye nanti..bye







1 comment:

Unknown said...

Pakej Bas Persiaran apa ya?
Ada contact no?