Resipi : PAVLOVA

Assalamualaikum

Dah lama nak buat menda alah ni, tambah-tambah semenjak makan satu slice pavlova berharga RM14 hinggit,mahai gila bapak nye puinn.Bila makan he eleh,macam celah gigi ja kot,tapi nasib sedap,.Ahh!! So dengan tekad tentera lahad datu aku tak kira,aku nak buat jugak-jugak bila cuti raya haji haritu dan finally aku boley buat muka bangga sambil kempas kempis idung aku bila kezen-kezen and adik and anak sedara aku cakap sedap.Aku memang suka buat belagak gila kot dengan depa-depa neh.hahah..

amek hang!!Hebat gila aku..buat based ataih tudung periuk mak aku ja, tak payah foil-foil bagai.

Bahan-bahan cake pavlova


1. Telur 4 biji (asingkan putih telur)
2. Gula kastor 150gram
3. Tepung jagung 1 sudu besar
4. Cuka 2 sudu besar


Cara-cara buat cake pavlova


TIPS PENTING: sebelum mula jangan biar ada setitik air pon pada segala peralatan untuk buat pavlova dan jugak kuning telur, sebab kalau tak tak naik dengan elok bila membakar and lagi cepat menguncup..lap kering-kering..


1.Masukkan putih telur,pukul telur dgn kelajuan tinggi sampai bila kita terbalikkan bekas kita adunan tak jatuh.

2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil pukul lagi guna mixer.

3. Campak je masuk 1 sudu besar cuka dan 2 sudu besar tepung jagung.

4. Pukul sampai segebu-gebunya. 

5. Yang betulnye kena letak atas kertas mnyak yang tak melekat.Tapi tak ada so aku belasah ja tudung periuk mak aku.Masukkan dalam avon pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit-40minit-50minit(up to ur oven). Guna api atas dan bawah.

TIPS: suhu oven memasing tak sama,kalau oven saya mula dengan 200c selepas brtukar warna coklat ,saya tukar ke suhu 170c,slepas 15 mnt macam tu tukar ke 150c,tunggu masak sampai garing atas dan masak dibawah.




6. Dah masak biarkan sejuk pada suhu original diatas meja makan anda sampai sejuk.Pastu baru campak topping.

ya memang normal rakan-rakan,selepas dikeluarkan pavlova anda mngempis 2 kli ganda dgn kadar segera..

TIPS : Masa first buat dull dan seterusnya selalu kat bawah tak masak, sebab saya suka lapiskan tudung periuk kat bawah,tapi haritu tak letak sebab memang tak ada, masak elok pulak kat bawahnya sekali, kesimpulannya tak payah letak sebarang lapik ,just letak atas kertas minyak, letak tingkat paling bawah sekali,supaya jarak suhu atas dan bawah sama. Kalau letak ditengah bila pavlova mengembang jarak suhu tak akan sama lagi. Ini ceritanya kalau guna oven cek lah :)..

Bahan-bahan nak buat topping

1. Whipped cream(WC) jenama anchor 250gram(masa ni baru belabor gina jenama pauls)

tips: klau nak whipping cream cepat pekat likat letak dalam peti ais bawah bg sejuk..dah tu baru pukul dgn kuasa otromen yg sgt laju..nak lagi cepat likat letak ketul ais dan sedikit air disekitar bekas..bukan dalam bekas yee..jangan silap eh!..fungsinya untuk mengekalkan suhu sejuk whipping cream..Tapi cek selalu sejukkan saja.

2. Buah setoberi or lain-lain kalau mampu

cara cara buat Hiasan topping pavlova

1. Masukkan whipped cream dalam bekas mixer,then pukul and kacau sampai jadi macam cream atas cake tu. Masukkan sesudu kecil gula kastor. Hiaskan cantek-cantek atas pavlova. Sumpah pavlova sangat buruk bila tak ada topping.

2 . campak ja buah setoberi atas dia..


Kesimpulannya rasa pavlova ni mcm biskut ja,bila makan kejap ja dia cair dalam mulut,sebab tu aku cakap celah gigi ja. Alah bahan-bahannya pon dah memang yang ringan-ringan.So rasa pon macam angin jala bila masuk mulut. Rasa biskutnya manis , topping tawar siket,buah masam-masam.So bila gabung semua tu yang rasa sedapnya.Selamat mencuba


Terima Kasih daun keladi


No comments: