Resepi by me : Ayam masak merah

Assalamualaikum

Yang ni raya haji punya cita. Request from my kakak suruh masak nasik tomato and ayam masak merah.So here we go.Please cikedout.


BAHAN-BAHAN

Lengkuas sebesar penumbuk 
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 Biji
Serai 3 batang

Blender kan semua bahan A diatas sekali.

Cili Kering 15 batang (Blender)

Ayam seekor(digoreng)
Susu Cair (1 Tin )
Sos Cili setengah cawan
Sos tomato sesuku cawan

Gula & garam secukup rasa
Daun Pandan 3 helai

CARA MEMASAK

1.Panaskan minyak, tumis bahan  A yang telah dibelnder tadi sehingga kekuningan dan naik minyak & bau.

2. Kemudian masukkan cili kering yang telah diblender, tumis sehingga bau cili hilang dan warna menjadi merah kecoklatan.

3. Kemudian masukkan susu cair,kacau beberapa minit kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.Kemudian tambah air sedikit.

tambah air mengikut keperluan dan kepekatan yang diinginkan..

4.Masukkan ayam yang telah digoreng dan Masak sehingga pecah minyak.

5. Gula & garam secukup rasa.Akhir sekali masukkan daun pandan.

kalau ikut cara cek tak jadi pandai-pandaila hampa hentam-hentam and tambah tolak apa yang patut..

Terima Kasih..

No comments: