Selamat Hari Adik!! Adik :)

Assalamualaikum

Tahukah anda, mempunyai seorang adik adalah sangat best, kerana kita boleh berkongsi apa saja duka dan lara bersama adik kita. Tempat meluah rasa. meluah perasaan marah. sorry adik sebab selalu jadik tempat kakamu ini melepaskan marah. Disamping itu mereka jugak boleh menjadi mangsa buli oleh kita. "Adik amek tu,adik amek ni,adik tolong urut sat,adik tolong p kedai". Sangat awesom kan, haha, dan bila adik kita marah kita boleh cakap camgini "Aku kan kakak", "Aku kan abang". cam lam iklan tibi tuh.

Saya ada seorang adik perempuan yang berumur 20 tahun, perbezaan umur antara aku hanyalah 4 tahun. Dan aku rasa sangat seronok kerana mempunyai seorang adik, walaupun satu hari nanti tak ada orang nak kawan ngan aku, aku tak perlu risau kerana aku masih mempunyai seorang adik yang boleh menjadi kawan aku. Kami berkongsi segala rasa, kongsi baju, kongsi make up walaupon first time beli tak mau kongsi sebab mahai, heheh, kongsi taste yang sama dan sangat rapat. Walaupon dulu aku adalah kakak yang sangat kejam. Bila arwah mak suruh jaga adik,aku sangatlah marah, sebab aku dah konpom-konpom tak boleh maen dengan kekawan aku so kekadang bila rimas aku akan halau dia balik, budak kecik kan. apa yang dia tau maen sangat, pastu kalau adik tak mau aku pukul dan halau dia sampai nangis, tapi bila dia nangis aku tutup mulut dia sebab takot mak dengar. haa tau pon takot. Tapi kami gado-gado manja saja, pagi gado sebelum pagi habis dah baek. 



Muka aku dan adik hampir sama dan ada jugak yang cakap kami kembar, tapi selalunya orang akan cakap aku adik dan adik kakak, lalu adik pon akan marah, haha. Ya sama sebab kami mewarisi muka arwah emak. cuma yang berbeza adalah isipadu badan adik dan aku, wakakaka

Dan adik selalu menjadikan aku idolanya (perasan seketika) ketika berfesyen atau apa saja, kerana aku umpama macam nealofa, dia selalu menjadikan aku contohnya, apa saja fesyen yang aku suka dia pon suka, maknanya memang beli satu baju share dua orang, hari isnin aku pakai, hari selasa adik pulak pakai. Jimat kan!!

Bila aku ada dengan adik aku, aku jadik manja laen siket(manjala konon ka malas?). Semua benda aku harapkan adik aku. Ädik mana tudung, adik mana beg aku,adik mana seluaq aku. Sampaikan masuk asrama barang selalu hilang cari tak jumpak sebab dah habit ada orang tolong cari kat umah."Ahh banyak sangat yang dikongsi kat sini kenangan yang lalu, tapi rasanya mau penat nak membaca.



Adik adalah seorang yang berjiwa jiwang, kekadang naek geli aku membaca sajak dan puisi cintanya didalam buku. Adik juga seorang yang lembut hatinya walaupon dia tak mau bagi tapi akhirnya dia bagi jugak. "Adik pinjamla duet", "Adik mana ada duet", "Ala pinjamla, ples,ples,ples, esok aku bayaq(walaupon hakikatnya tak bayaq."dan adik pon bagi duet. Adik juga kuat nangis bila kena marah dengan abah. Kekadang abah marah aku tapi dia yang nangis lebih. 

Sambil makan nasik aku nangis, bila angkat kepala aku tengok adik pon nangis. "Awat hang nangis", '"Dah k.ngah nangis..dahla janganla nangis". Pastu dua-dua nangis. dua hati yang telah bertaut. Oh adik.!!SELAMAT HARI ADIK..lup u..nanti aku belanja baju baru sempena hari adik. :)




yang ni lawak. hahaha, belakang seluaq biru tu aku, tapi tu tak lawak sangat

No comments: