Sedikit nasihat dari Madam Fauziah untuk remaja @ student diluar sana

Assalamualaikum

ENtry ni aku baca dekat blog FATIN LIYANA YANG FEMES TU..ala blogger no 1 malaysia tu..dia copy dari Madam fauziah..and aku copy dari dia..sebab aku nak kongsi dengan kekawan aku pasal entry ni..memang sangat mendalam sehingga menusuk ke jantung,peparu,limpa...hope sama-samala kita sharing is caring...

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam

Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2...

-TAMAT-

Masa aku mula-mula baca aku pon sentap jugak...aku tak cakapla yang aku ni baik..tak pernah lansung update status bout my bopren.,letak gambar kat FB dengan bopren aku...yes i admit...tapi bila baca aku rasa..Ya saya akan cuba mengurangkan kontreversi saya dengan bopren saya dalam facebook..ngeh100xx...insyaallah...tapi kekadang tu leh la kan..hahahh..terima kasih Madam kerana membuat entry nasihat sebegini rupa...sedikit tapi lebih banyak menyedarkan saya...

Resipi : Nasik tomato dan Ayam masak merah

Assalamulaikum..
Selamat berbuka!!!

Actually..aku memang rindu gila nak masak..dan buat pengetahuan semua aku sangat suka memasak..tapi kadang-kadang waktu dan bujet tak mengizinkan aku nak masak selalu..and skang aku baru sedar yang aku dah lama tak masak...memang gempak kan..muka ayu perangai ganas tapi suka masak..cute kan..hahhah..jadi aku pon search la tenet..nak tengok masakan apa yang best..tetiba rasa nak wat nasik tomato..skang ni senang ja..dunia dihujung jari..apa saja kita nak masak search ja kat cik google..easy..setiap sabtu family aku akan berbuka satu family..jadi hidangan yang aku buat harini dalam 10 orang makan..aku masak pon hanya dalam 2 jam saja..tu pon melenggang lagi sambil search tenet..

kakak : sedapla k.ngah..

kak wa n kakak: boleh kawen dah ni

hahhh ayat part last tu paling best wokk..hahaha..asal boleh masak ja boleh kawen..ahh pasni kena masak selalu ni...ok ini resipi skema yang aku amek kat tenet..tapi kalau versi sendiri hentam sajala labu..tapi yang belum pernah cuba ikut ja step ni insyallah jadik..tapi tips paling berkesan jangan SKEMA sangat la kan..kita bila masak ni pandai-pandaila tambah mana tak cukup..kurang yang mana lebih..oter-oter sket ikut lidah memasing..jadila..

Nasi Tomato 

rendam beras selama 10-15minit
aku guna beras biasa ja..tapi kalau nak elok guna beras BASMATI
ni hidangan untuk 3 pot beras

bahan A
2 sudu besar minyak sapi @ mentega
(aku guna mentega sebab sep bujet haha)


2 ulas bawang putih - cincang3 ulas bawang merah - hiris halus1 inci halia - hiris halus

buah pelaga + bunga cengkih +  kulit kayu manis + bunga lawang



bahan B
1/4 cawan susu cair

3 biji tomato di potong dadu kecil hancur

1/4 cawan sos tomato@ 2 sudu tomato puree 
(warna nasik terpulang kalau nak warna terang letak lebih)garam + gula


cara - caranya...


1. tumis bahan A sampai naik bau, dan masukkan bahan B kecuali beras.. kacau sehingga sebati..

2. Masukkan beras yang telah direndam

3. kacau sekerap mungkin.. tapi jangan sampai hancur nasi.. sekadar membalikan supaya nasi masak rata..
 
3.Pastu masukkan air(sukatan air macam masak nasi biasa)..

Hiasan
boleh letak bawang goreng,kismis,kacang peace,,jagung..ikut suka



Ayam masak merah

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas(ayam brand)
garam
gula
suku cawan susu cair


Cara-caranya

1. Gaul ayam dengan kunyit , garam 
Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2.  Kisar bawang putih dan bawang besar,halia kalau tumbuk halus pun boleh, Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.(kalau nak bau wangi lagi boleh tambah serai)

5. lepas tu aku letak susu cair sket....tapi kalau nak kuah cair sket tambah air kosong sendiri..

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang goreng tadi., pastu letak garam dan gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar. penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. 



boleh dihidangkan dengan sayur campur dan daging masak hitam ka..


sedikit moment untuk dikongsi
MOMENT-MOMENT TERINDAH





budak tak posa tak leh makan